Monday, December 15, 2008

SYARIKAT ASLINET GLOBAL



ASLINET GLOBAL adalah perniagaan jenis tunggal yang diusahakan oleh Dol Nizam Bin Abdullah yang telah menjalankan perniagaan hampir 1 tahun. Perniagaan ini adalah perniagaan yang berkonsepkan Teknologi Maklumat. Antara aktiviti perniagaan adalah seperti membaikpulih komputer , menjual komputer , menjual aksesori komputer , networking , kelas komputer dan perkhidmatan fotostat , binding dan laminat. Perniagaan ini juga menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah. Dari segi pemasaran teknik “Mesra Pelanggan” diperkenalkan disamping menawarkan harga yang berpatutan , pengangkutan dan meningkatkan produktiviti kerja. Secara purata, keuntungan atau hasil pendapatan dari perniagaan Teknologi Maklumat ini adalah menguntungkan jika mempelbagaikan perniagaan dalam bidang IT. Teknologi maklumat pada h
ari ini sedang berkembang dengan pesatnya di serata dunia. Sebagai negara yang menuju ke era IT, kita juga tidak ketinggalan untuk merebut peluang keemasan ini demi mencapai matlamat negara maju menjelang Wawasan 2020. Masa hadapan perniagaan akan lebih tercabar lagi dengan kedatangan teknologi-teknologi yang semakin berkembang.


PENGENALAN SYARIKAT


ASLINET GLOBAL adalah sebuah perniagaan milik Bumiputera yang ditubuhkan pada 20 Julai 2008. Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah di dalam sektor Perkhidmatan (Intangible Service). ASLINET GLOBAL menjalankan kerja-kerja seperti membaikpulih komputer, menjual komputer, aksesori komputer, networking, membekalkan alatan pejabat, dan troubleshooting network & PC. Disamping itu juga perniagaan juga menyediakan perkhidmatan melayari internet, fotostat, laminating dan binding.

Perniagaan ini dijalankan oleh Dol Nizam Bin Abdullah, merupakan Orang Asli dari suku etnik Jakun yang berasal dari Kampung Orang Asli Sungai Soi, Pekan Pahang dan di tadbir oleh beliau sendiri. Beliau mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang perniagaan, menjual, membekal dan membeli komputer terpakai dan baru selama 4 tahun. Perniagaan yang dijalankan ini adalah berdasarkan pengalaman yang luas di dalam bidang perkhidmatan IT dan memberikan perkhidmatan tersebut kepada Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta, sekolah- sekolah dan kepada pelanggan perseorangan.


5.1 BENTUK PERNIAGAAN


Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah jenis perkhidmatan kepada pengguna.

a) Membaikpulih komputer, monitor, printer dan sebagainya.
b) Menjual komputer baru dan terpakai.
c) Networking komputer.
d) Menjual aksesori komputer
Ø Printer (bublejet, laserjet dan dormatrix)
Ø Toner, catridge printer.
e) Mesin fotostat, binding dan laminating.
f) Peralatan Pejabat.

5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1 Aktiviti Perniagaan

Antara aktiviti yang dijalankan oelh perniagaan adalah jenis perkhidmatan ( Intangible service)

5.2 Perkhidmatan

Jenis- jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

5.2.1 Memasarkan komputer.

5.2.2 Aksesori komputer

· Penjualan aksesori komputer seperti Floppy Disk, CD-ROM, Screen Filter, Diskette, perkakasan komputer seperti Modem, VGA Card, Sound Card dan banyak lagi.

5.2.3 Membaikpulih komputer.

· Perniagaan ini juga menyediaka

n perkhidmatan membaikpulih komputer, printer, monitor, CPU, meningkat upaya komputer dan banyak lagi.

5.2.4 Membekalkan Alatan Pejabat.

· Alatan pejabat yang dibekalkan adalah seperti pelbagai jenis kertas pejabat, alatulis pejabat, peralatan pejabat, dakwat printer dan sebagainya.

5.2.5 Networking dan Konfigurasi.

5.2.6 Mesin Photostat

5.2.7 Perkhidmatan Internet.

LIKE US ON


COMPANY LOCATION